Penggunaan moden Jeneral_(Jerman)

Selepas Perang Dunia II, pihak Bundeswehr Jerman Barat dan Nationale VolksarmeeJerman Timur mengguna pakai sistem pangkat blok tentera masing-masing.[petikan diperlukan]

Di dalam Bundeswehr, pangkat Brigadegeneral telah diletakkan di bawah Generalmajor. Manakala gelaran pangkat Generalmajor, Generalleutnant dan General telah dikekalkan, setiap gelaran itu sekarang melambangkan pangkat yang lebih tinggi daripada sebelumnya (contohnya Generalleutnant kini merupakan jeneral tiga bintang).

Sebelum penyatuan semula Jerman, designasipangkat pegawai jeneral dalam Republik Demokratik Jerman adalah berasaskan kepada model Soviet. Generalmajor masih merupakan gred pegawai jeneral paling rendah, diikuti oleh Generalleutnant, Generaloberst (sekarang tiga bintang dan bukannya empat) dan Armeegeneral. Pada tahun 1982, kerajaan GDR mewujudkan pangkat Marschall der DDR, walaupun tiada orang yang pernah dinaikkan ke pangkat itu.[petikan diperlukan]